Saturday, May 18, 2013

sy ain...^_^

Tepat jam 1320 25mei1991 lahirlah seorang puteri yang diberi nama nurul ain bt zanal abidin. merupakan seorang yang aktif dan berani dalam setiap apa yang dilakukan. pendidikan awal di sk. Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan. seterusnya pulang ke kampung halaman iaitu di pasir salak, Perak setelah ayahanda bersara. telah meneruskan persekolahan di sk. selat pulau sehingga tamat darjah 6. kemudian, meneruskan pengajian di peringkat menengah di smk. dato seri maharaja lela sehingga tamat tingkatan lima dan smk sultan abdul jalil shah ketika STPM. kini, demi merealisasikan harapan ibubapa, telah melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang pentadbiran perniagaan di maktab koperasi malaysia, petaling jaya. pemegang matrik number 217963 ini merupakan seorang yang peramah dan sentiasa menghormati orang sekelilingnya. namun begitu seorang yang agak sensitif. suka menonton kartun anime seperti detective conan, shaman king, doraemon, slam dunk, dragon ball dan chibi maruko chan. anak keempat daripada enam orang adik beradik ini beranggapan dengan menonton anime akan memberikan mood yang ceria kerana garapan cerita yang menarik dan latar belakang persekitaran yang tenang dan damai seperti di hutan, kawasan taman yang penuh dengan bunga sakura dan rumah jepun lama yang mempunyai perigi dan sebagainya. selain daripada menonton anime jepun, komik - komik juga tidak dilupakan. antara komik yang sentiasa mendapat tempat ialah, detektif conan, doraemon, dan crayon sin chan. namun begitu aktiviti - aktiviti ini hanya dilakukan ketika mempunyai kelapangan. hidup di penuhi dengan warna-warni. Allah diletakkan di tempat teratas, cinta kepada Rasul,elakkan daripada persengketaan dan sentiasa memaafkan merupakan perkara yang sentiasa dinasihatkan oleh wali tercinta.  keluarga dan sahabat sentiasa diberi keutamaan berbanding diri sendiri. berharap mendapat imam yang mampu membawa ke jalan syurga menjadi dambaan para wanita, begitu juga diri ini yang mahukan seorang yang boleh bersabar dengan segala kerenah, berpimpin tangan bersama tidak kira dalam apa jua keadaan dan tabah menghadapi segala ujian dari yang maha kuasa. bukan kemewahan yang didambakan, bukan paras rupa yang menjadi ukuran tetapi cukuplah yang bersederhana dalam setiap perbuatan dan meletakkan syariat islam dalam kehidupan. 

No comments:

Post a Comment